Cabutan Wow PTPTN 20 tahun. Lebih RM500,000 untuk dimenangi. Sertai SSPN-i Plus untuk menang cabutan bertuah SSPN. Setiap RM50 melayakkan satu Cabutan Wow.

Cabutan Wow PTPTN 20 Tahun – Cabutan Bertuah 2017

Mudahnya! Dengan Menyimpan Untuk Universiti Anak…

Anda Berpeluang Menang Cabutan Bertuah 

RM100,000 Cabutan Utama, RM10,000 Cabutan Bulanan  

Pendeposit SSPN-i Plus layak menyertai Cabutan Wow sempena ulang tahun PTPTN yang ke-20. Dengan menyertai mana-mana pakej simpanan SSPN-i Plus anda layak menyertai cabutan.

Bilangan penyertaan adalah berdasarkan setiap deposit RM50 dikira sebagai satu penyertaan. Contoh: Jumlah deposit RM500 = 10 penyertaan. Oleh itu dengan deposit tetap setiap bulan, peluang memenangi cabutan lebih banyak lagi.

Tedapat 2 jenis cabutan SSPN-i Plus untuk kali ini iaitu Cabutan Utama dan Cabutan Bulanan. Penyertaan bagi setiap cabutan adalah automatik bagi pendeposit SSPN-i Plus.

Hadiah Utama Cabutan SSPN-i Plus PTPTN 20 Tahun 31 Oktober 2017

Cabutan Wow PTPTN 20 Tahun

  • RM100,000  (1 pemenang Utama)
  • RM10,000 (1 pemenang Kedua)
  • RM1000 (100 Pemenang Tempat ke-3)
  • RM100 (2000 pemenang saguhati)

Hadiah terbuka untuk 2103 orang pemenang! Adakah anda salah seorang…

Hadiah Mungkin Menjadi Milik Anda! Tarikh Tutup 31 Oktober 2017

Tanpa Risiko • Simpanan Dijamin Kerajaan • Tuntut Rebat Cukai • Perlindungan Takaful Sehingga RM1,000,000

 

Cabutan Bulanan

  • RM10,000 – 1 Tempat Pertama – SETIAP BULAN
  • RM100 – 100 Pemenang Saguhati

Daftar Akaun SSPN-i Plus

Simpan dan Tuntut Rebat Cukai Pendapatan!

Tahukah anda simpanan di SSPN layak untuk tuntutan rebat cukai pendapatan sehingga RM12,000.

Simpan dan tuntut semula wang tunai anda!

Hadiah cabutan bulanan Cabutan SSPN-i Plus RM10,000 setiap bulan.

Tidak Rugi Menyertai SSPN-i Plus!

Beri jaminan untuk pendidikan tinggi anak anda dengan Pelan Takaful

Rebat Taksiran Cukai Pendapatan sehingga RM12,000

Dengan membuat pelan untuk melindungi pendidikan tinggi anak anda, anda juga layak membuat tuntutan untuk rebat cukai pendapatan atau mengurangkan taksiran cukai pendapatan anda. Dengan itu, anda layak menuntut semula wang anda atau tidak perlu terlebih membayar cukai.

 

 

Apakah SSPN-i Plus?

SSPN-i Plus ialah Pelan Simpanan Pendidikan serta Perlindungan Takaful untuk menjamin Perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak anda di masa akan datang.

Terdapat pelbagai pakej yang direka untuk memenuhi keperluan serta sasaran tabungan anda.

Pakej-pakej SSPN-i Plus:

  • Pakej Intan
  • Pakej Delima
  • Pakej Topas
  • Pakej Zamrud
  • Pakej Nilam
  • Pakej Berlian

Selain daripada Simpanan dan Takaful, pihak penganjur Skim Simpanan Pendidikan Nasional iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pelbagai hadiah bagi pendeposit yang bertuah.

12 comments

  1. Bila dah buka akaun dan deposit dalam SSPN-i Plus ni boleh keluarkan duit ke jika berlaku hal-hal yang memerlukan duit?

  2. Masuk cabutan bertuah ni serendah rm50 ke?atau cukup rm2000 dlm simpanan baru layak masuk cabutan bertuah?

    1. Bukan begitu Mohd Hafiz,

      Oleh kerana syarat menetapkan setiap RM50 layak satu cabutan. Maka deposit minima mesti melebihi RM50.

      Bagi kes Pakej Intan, deposit bulan pertama belum layak untuk satu cabutan. Jumlah terkumpul untuk bulan-bulan berikutnya akan melayakkan untuk cabutan.

      Jika menambah deposit RM2000, layak lagi 40 cabutan.

  3. Ini sama ka dgn cabutan BSN SSP?
    Jika beza boleh ka tukar?
    Saya ada simpan rm3k di SSP..
    Mohon pencerahan

    1. Saudara Ashy,

      SSPN-i Plus Berbeza dengan SSP BSN di mana program ini dikelolakan oleh PTPTN.

      Untuk bertukar saudara boleh menjual sijil SSP di kaunter BSN, dan mendepositkan tunai ke akaun SSPN-i Plus secara on-line.

      Kelebihan utama sekiranya bertukar ialah saudara dapat membuat tuntutan pelepasan cukai pendapatan LHDN mengikut jumlah deposit ke SSPN-i Plus. Imagine RM3k deposit… jimat cukai pendapatan RM3k… atau RM3k cashback bagi pencarum LHDN bulanan. Untung potensi untung 100%.

    1. @Fauziah, tahniah kerana telah menabung dengan SSPN-i. Buat masa ini tiada kaedah automatik menukar SSPN-i kepada SSPN-i Plus.

      Cadangan kepada puan ialah puan boleh terus membuka akaun SSPN-i Plus untuk menikmati kelebihan yang ditawarkan oleh SSPN-i Plus.

      Akaun SSPN-i yang sedia ada boleh ditutup di Kaunter PTPTN dan di pindahkan dananya ke akaun SSPN-i Plus.

  4. Kalau dh ada acc kira dh join ke cabutan ni? atau kena daftar online untuk masuk cabutan bertuah? setahun nilai untung hanya rm12 ringgit je untuk simpanan rm300?

    1. Untuk makluman tuan,
      1. Pastikan membuka akaun SSPN-i Plus untuk layak menyertai cabutan.
      2. Pendaftaran secara disyorkan kerana online lebih mudah, cepat dan jimat masa. Jika hendak ke kaunter PTPTN pun boleh.
      2. Untung RM12 adalah berdasarkan dividen akaun simpanan 4% daripada RM300.

    1. En Khairil,

      Buat masa ini tiada sebarang peraduan yang diadakan untuk mendeposit ke akaun SSPN-i. Bersegeralah menyertai SSPN-i Plus untuk menikmati kelebihan berganda yang ditawarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *